Friday, 20 November 2015

Anak Saya Suka Membaca - Tip #7

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa.

Semoga semuanya sihat.

Ini dia tip terakhir untuk menggalakkan anak kita membaca.

Tip #7 - Sekarang masa untuk membaca!
Aktiviti harian anak kita biasanya penuh dengan sekolah, kelas tambahan, aktiviti bersukan dan sebagainya. Jadikan membaca sebahagian daripada rutin aktiviti harian anak kita. Tetapkan satu masa dalam satu hari di mana ianya adalah masa untuk membaca. Dengan menetapkan masa untuk membaca, secara otomatik kita menerapkan kepentingan membaca kepada anak kita. Dan lama-kelamaan, anak kita dengan sendirinya akan suka membaca.

Banyak kajian yang mencadangkan sebelum tidur sebagai waktu terbaik untuk membaca. Aktiviti membaca ini boleh dibuat bersama-sama dengan anak, seperti yang dikongsi dalam Tip #1. Walau bagaimanapun, ibu bapa akan lebih arif untuk menentukan masa terbaik untuk menerapkan tabiat membaca ini, mengikut rutin aktiviti harian ibu bapa dan anak.

Itu dia tip-tip dalam menggalakkan anak kita membaca. Dengan membaca, luas pengetahuan dan imaginasi anak kita. Mudah-mudahan dengan membaca, ia akan menyuntik semangat luar biasa di dalam diri anak kita untuk berjaya dan membanggakan kita.

Kami akan berkongsi lagi tip-tip yang lain. Jadi, teruskan mengikuti kami!

Terima kasih dan wasalam
Pasukan JustSpeak

No comments:

Post a Comment