Thursday, 3 December 2015

SEMUA NAIK HARGA KECUALI PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS


Kepada yang tinggal di Malaysia, sudah tentunya perbincangan yang paling hangat ialah kenaikan kos kehidupan dari harga barang makanan ke kos tol dan sebagainya. Apabila kos barangan asas meningkat, lazimnya ada kos lain yang terpaksa dijadikan korban. Dan antara yang terpaksa dikorbankan ialah pendidikan atau sekurang-kurangnya terpaksa dikurangkan. Ini terpaksa dilakukan terutamanya jika kita mempunyai pendapatan yang tetap atau makan gaji.

17 tahun yang lalu saya adalah di antara ibu bapa yang sangat menekankan pendidikan dan sanggup berbelanja besar untuk membeli buku-buku untuk anak-anak. Saya masih ingat lagi oleh kerana tertarik dengan set buku yang datang satu rak dengan hampir 100 buah buku, saya pun geseklah kad kredit saya untuk RM2,000 lebih. Kononnya saya hanya bayar RM200 lebih sebulan.

Antara penyelesaian saya ialah:

1. Membeli dengan terburu-buru dan berfikir harga melambangkan kebijaksanaan saya sebagai ibu bapa dan tanda kasih sayang.

2. Tidak memastikan apa minat atau kecenderungan anak saya di dalam pilihan buku-buku bacaan.

Baru-baru ini saya mendapati antara pakej yang di tawarkan oleh syarikat yang sama ada yang hampir RM10,000. Perkara yang pertama yang terlintas di hati saya ialah bagaimana para ibu bapa muda hendak mengasingkan jumlah wang sebanyak itu untuk buku anak-anak sedangkan simpanan untuk beli rumah pun belum tentu dah mencukupi.

Apakah ini bermakna pemilikan ilmu akan hanya di perolehi oleh mereka yang poket tebal atau golongan elit sahaja? Bagaimana dengan yang lain-lain? Sedangkan jika kita berada di tahap sederhana sahaja, maka lebih penting untuk kita melengkapi anak-anak kita dengan ilmu secukupnya demi masa hadapan mereka.

Walaubagaimanapun, jika dilihat dari sudut lain, pada zaman inilah pendidikan sepatutnya menjadi lebih affordable and accessible for all. Mampu milik dan boleh di perolehi oleh semua golongan. Ini di dorong oleh faktor teknologi seperti internet dan telefon pintar.

Contohnya, untuk pendidikan anak-anak, jika anda tidak lagi mahu membayar untuk pakej televisyen swasta, cukuplah dengan mengadakan internet di rumah. Dengan internet anak-anak masih boleh lagi:

1.  Menonton YouTube untuk rancangan kanak-kanak pilihan. Dari sini kanak-kanak boleh mengasah kemahiran MENDENGAR Bahasa Inggeris mereka sebagai langkah pertama menguasai Bahasa Inggeris. PIlih rancangan YouTube berbentuk lagu-lagu kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris untuk mereka membiasakan diri dengan bahasa tersebut. Jangan bimbang jika tidak  faham, itu akan mereka fahami kemudian. Dengan mendengar berulang-ulang mereka akan mampu belajar BERTUTUR dengan cara mengajuk apa yang mereka dengar. Sekali lagi jangan bimbang jika mereka tidak faham (tapi selalunya mereka faham sebenarnya ;-))


2.   Menonton filem-filem animasi Disney yang boleh dimuat turun secara percuma apabila filem itu sudah pun tiada lagi di panggung wayang. Filem animasi kanak-kanak lazimnya menggunakan Bahasa Inggeris mudah selain menghiburkan.

Pendedahan seperti ini pada umur yang awal (sebaik-baiknya dari bayi lagi akan menjimatkan ibubapa dari perlu menghantar tusyen Bahasa Inggeris selama 11 tahun mereka di sekolah nanti. Katakan kos tusyen adalah pada RM60 sebulan atau RM600 setahun untuk sebelas tahun ia boleh menelan belanja RM6,600. Banyak lagi belanja tusyen untuk subjek lain yang ibu bapa nanti perlukan untuk anak-anak nanti.

Seterusnya untuk membaca, kaedah terbaik ialah melalui pembacaan fonik iaitu proses mengenal huruf, gabungan huruf beserta dengan cara belajar sebutan sekali gus. Terdapat banyak banyak siri-siri bacaan fonik yang di impot dan boleh di dapati di pasaran di dalam bentuk set buku atau flash card (kad imbas).

Masalahnya ialah:
1.   Set fonik impot ditulis oleh mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Ibunda, yang mana kanak-kanak membesar dengan inidvidu yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Jadi ia sama ada mungkin agak kompleks bagi anak-anak kita (melainkan kita sendiri menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya) mahupun agak kompleks untuk kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak kita.

2.    Jika guna flash card, sudah bersediakah ilmu kita sebagai ibu bapa. Kita pulak kena pergi ke kelas dahulu. Tambahan pula, masa terhad setiap hari kerana harus dibahagikan dengan tugas-tugas rumah yang harus diselesaikan. Nak ambil pembantu rumah pun bukan murah sekarang. Silap haribulan, set fonik yang beratusan atau beribu ringgit itu hanya akan mengumpul habuk di rumah.

Ok mungkin ada yang kata, hantar sahaja ke tadika medium bahasa Inggeris kan banyak sekarang?
Betul, tetapi tahukah anda sekarang juga amat sukar untuk mendapatkan guru Bahasa Inggeris bertauliah untuk sekolah apatah lagi untuk mengajar diperingkat tadika. Dan sudahkah anda membuat penyelidikan berapa kos tadika medium Bahasa Inggeris yang terdapat di pasaran sekarang? Dan jika ada, anak anda harus belajar bersama dengan 20 ke 30 pelajar lain dan guru harus memberikan perhatian sekali gus kepada kumpulan yang besar.

Kerana itulah penguasaan Bahasa Inggeris harus dimulakan di rumah untuk hasil yang terbaik. Sebagai ibu bapa kita tentunya inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita tanpa membebankan kewangan kita sehingga berhutang piutang menggunakan kad kredit. Walau pun kerajaan telah menyedari isu penguasaan Bahasa Inggeris ini dan telah pun mengambil langkah sewajarnya, sebenarnya tanggungjawab tersebut adalah terletak di bahu ibu bapa kerana masa terbaik untuk menguasai bahasa untuk anak-anak ialah sewaktu dia berumur di bawah 7 tahun lagi.




Siri Buku Bacaan Fonik Reading with Al (www.readingwithal.com) ditulis khas untuk mengatasi cabaran oleh para ibu bapa muda seperti ini. Dengan harga hanya RM8 setiap buku, ia boleh dibeli secara berperingkat oleh para ibu bapa dari Google Playstore. Set lengkap terdiri dari 6 peringkat mengandugi 85 buah buku yang akan membantu anak-anak anda belajar sebutan Bahasa Inggeris secara berperingkat. Ia juga boleh dibeli secara berperingkat dengan harga yang mampu milik. Setiap peringkat ada 3 buku percuma menjadikan pembelian buku-buku selebihnya tidak sampai RM100.

Selain dari mampu milik, buku-buku ini datang dengan audio yang mengajar sebutan Bahasa Inggeris dengan betul untuk anak-anak anda. Ibu bapa tak perlu bimbang atau stress jika tidak pasti tetapi hanya perlu menemani anak mereka untuk sedikit waktu berkualiti dan menunjukkan sokongan usaha mereka belajar membaca. Selebihnya, anak-anak boleh terus praktis sebutan tersebut dengan mengulangi audio tersebut dari tablet atau telefon pintar.

Buku-buku ini sudah pun terdapat di pasaran dan untuk membaca lebih lanjut tentang buku-buku tersebut layari: readingwithalmy.blogspot.my



Monday, 30 November 2015

READING WITH AL : Siri Bacaan Fonik Bahasa Inggeris untuk Kanak-kanak LEVEL 2

Untuk Reading with Al Level 2, terdapat 15 buah buku-buku yang memperkenalkan lebih banyak gabungan gabungan huruf serta bunyi bunyi sebutan yang betul di dalam Bahasa Inggeris.

Cara buku-buku ini disusun dipanggil "systematic phonic" . Ia telah pun disesuaikan untuk kanak-kanak dari Asia yang mana ibu bapa mereka tidak semestinya menggunakan Bahasa Inggeris sepanjang masa.

Ini membolehkan anak-anak belajar dengan langkah demi langkah dengan lebih mudah dan sistematik.

Untuk level 2, terdapat 5 buah "Sound Book" yang memperkenalkan gabungan gabungan huruf dan bunyi sebutan yang betul. Contohnya Book 1 merupakan  "Sound Book" yang memperkenalkan sebutan sebutan yang perkataan yang berakhir dengan 'ab', 'ad', 'ag','am', 'an', 'at', 'ap' dan 'ar'.

Contohnya 'a b' bunyinya 'ab', digabungkan dengan 'c' bunyinya 'kerh', jadi 'cab' yang bunyinya seakan 'kehb'. Di setiap sentuhan skrin terhadap huruf-huruf tersebut akan keluar bunyi yang berkaitan.


Setiap "Sound Book" diikuti dengan cerita pendek yang menggunakan perkataan-perkataan yang baru dipelajari. Ia digabungkan dengan 'sight words' iaitu perkataan yang dipelajari oleh anak-anak hanya dengan melihat. Dan perkataan-perkataan ini adalah antara yang banyak digunakan di dalam buku-buku cerita Bahasa Inggeris. Contohnya 'the', 'is' dan sebagainya.

Book 1, 4, 7, 10 dan 13 adalah buku-buku berbentuk "Sound Book" manakala yang selebihnya adalah cerita cerita pendek yang menggunakan perkataan-perkataan yang baru dipelajari.

Saranan kami ialah untuk ibu bapa menggunakan buku-buku ini sebagai 'read together' atau membaca bersama. Oleh kerana ia mengeluarkan audio , ibu bapa tak perlu risau takut tersalah ajar bunyi huruf-huruf tersebut.

Anda boleh download Book 1, 2 dan 3 secara  percuma manakala buku-buku seterusnya berharga hanya RM8 setiap satu. Tak perlu berbelanja ribuan ringgit untuk anak anda pandai membaca di dalam Bahasa Inggeris.

Selamat men'download'. !!















READING WITH AL : Siri Bacaan Fonik Bahasa Inggeris untuk Kanak-kanak.


Terdapat banyak siri bacaan fonik Bahasa Inggeris yang terdapat di pasaran. Namun, jika ibu bapa mempunyai masa yang suntuk ataupun tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak-anak membaca, bagaimana pula jalan penyelesaiannya?

Reading with Al ditulis untuk membantu ibu bapa yang :

1.  Tidak fasih dan tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak-anak membaca di dalam Bahasa Inggeris.

2. Fasih Bahasa Inggeris tetapi tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak membaca.

3. Mempunyai masa yang terhad untuk menagajar anak-anak.

Mungkin ada yang kata mengapa nak beri tekanan kepada anak-anak, biarlah dia bermain kerana umur masih muda lagi. Ya betul, kami sangat setuju kerana itulah konsep yang di amalkan oleh Reading with Al, iaitu belajar dengan kadar pembelajaran masing-masing.

Apa faedahnya jika anak dapat membaca dengan cepat ?

1. Ibu bapa boleh wujudkan rasa cinta buku dan cinta ilmu di kalangan anak-anak dari umur yang kecil lagi. Ramai ibu bapa yang mengadu anak-anak kuat bermain game dalam gajet. Ini bermakna adalah sangat penting untuk memperkenalkan kemahiran membaca di kalangan anak-anak supaya ada keseimbangan aktiviti membaca buku-buku fizikal, penglibatan di dalam aktiviti fizikal serta waktu waktu terjadual menggunakan gajet.

2. Melalui pembacaan, penguasaan Bahasa Inggeris digarap secara semula jadi. Anak anak tak perlu pening dengan pelajaran tatabahasa yang akan dipelajari di sekolah nanti kerana sudah dikuasai melalui pembacaan buku-buku cerita Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia.

Reading with Al Level 1

Di level 1, terdapat 12 buah buku-buku yang memperkenalkan huruf-huruf serta bunyi sebutannya di dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana buku ini telah di buat di platform mobile app dan berbentuk buku digital, ia mengeluarkan bunyi pada setiap tindakan 'touch screen' oleh anak-anak terhadap setiap huruf dan sebutan bunyi.

Dengan ini, anak-anak akan belajar mengenal setiap huruf dan bunyian huruf. Inilah yang dipanggil pendekatan bacaan fonik. Buku buku ini sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun dan ke atas, manakala berapa cepatnya anak-anak akan boleh membaca berbeza dari seorang kanak-kanak.

Yang penting bagi ibu bapa ialah memberikan pendedahan sebanyak mungkin terhadap sebutan dan cara Bahasa Inggeris digunakan. Jangan terkejut jika anak anda dah boleh membaca walau baru berumur 2 tahun.

Jika dia sudah boleh membaca buku sedikit demi sedikit sediakan buku-buku fizikal untuk mereka 'nikmati'. Dan jangan lupa puji setiap kali mereka menunjukkan usaha mengambil buku - walaupun masih belum pada membaca.

Selamat men'download' buku-buku ini. Buku-buku 1, 2 dan 3 diberikan percuma manakala buku-buku lain di jual pada harga RM8 setiap satu. 

Jumlah perkataan baru yang dipelajari dari Level 1 ialah sebanyak 79 perkataan baru.



















Saturday, 28 November 2015

Ajar anak Bahasa Inggeris menggunakan Telefon Pintar (Smartphone)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera ibu bapa.

Ibu bapa kini tidak perlu risau jika anak-anak anda tidak fasih berbahasa Inggeris. 

Memperkenalkan Buku Digital Reading with Al yang dikeluarkan untuk membantu ibu bapa yang inginkan anak mereka fasih dalam Bahasa Inggeris. Tidak perlu risau sekiranya ibu bapa kurang fasih. Reading with Al direka bentuk untuk mengajar anak-anak anda belajar membaca dalam Bahasa Inggeris melalui tablet dan telefon pintar. Anak-anak anda boleh belajar dengan sendiri, atau lebih baik lagi, belajar bersama-sama dengan ibu bapa!

Apa Reading with Al ni?
Reading with Al merupakan set buku bacaan fonik Bahasa Inggeris untuk kanak-kanak. Ianya dijadikan dalan bentuk 'mobile application' yang boleh dibeli dan dimuat turun ke tablet dan telefon pintar anda. Setelah dimuat turun, anak anda boleh membaca buku digital Reading with Al di mana sahaja mereka berada. 

Bacaan fonik yang diterapkan menekankan sebutan dan bacaan dalam Bahasa Inggeris yang mendalam, khas untuk anak anda yang mempelajari Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Reading with Al menggunakan konsep interaktif untuk membolehkan anak anda belajar Bahasa Inggeris dengan mudah dan cepat dari umur seawal 2 tahun.

Terdapat 27 buah buku dalam peringkat 1 dan 2 dan buku-buku ini sudah pun sedia untuk dibeli dan dimuat turun di Google Play Store. Harga setiap buku adalah RM 8.00 dan ibu bapa boleh membeli buku digital Reading with Al ini mengikut peringkat untuk anak anda dengan mudah dan cepat pada harga yang murah.

Jangan tunggu lagi. Dapatkan buku digital Reading with Al hari ini!

Terima kasih.
Pasukan JustSpeak

Jom pergi Shah Alam Convention Centre (SACC)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para ibu bapa!

Ada berita baik yang ingin kami kongsi. Kami telah melancarkan Buku Digital Reading with Al.

Ingin dapatkan buku digital ini untuk anak anda? Pergi ke Malaysian Islamic Children Fair (MICF) di Shah Alam Convention Centre untuk muat turun aplikasi ini ke tablet atau Android smart phone anda. 

Bukan itu sahaja, pemenang bertuah akan memenangi sebuah tablet tajaan SAMSUNG. 

Terdapat pelbagai booth lain yang penuh dengan aktiviti untuk anak-anak anda. 

Tunggu apa lagi? Jumpa anda di sana!

Pasukan JustSpeak

Buku Digital Reading with Al untuk Sekolah Tahfiz dan Projek Iqra'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para ibu bapa.

Apa khabar. Kami ada berita menggembirakan yang ingin kami kongsi bersama semua. 

Semalam, 27 November, kami telah melancarkan Buku Digital kami yang berjudul Reading with Al. Majlis pelancaran tersebut berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC) untuk acara Malaysian Islamic Children Fair (MICF). 

Majlis pelancaran kami turut dihadiri Tuan Ir Meor Shamshir bin Meor Zulkifli Auni dan Cik Puan Sharifah Sharina binti Syed Aswad. 

Tuan Ir Meor, yang memulakan kerjayanya sebagai seorang jurutera, merupakan pengerusi Persatuan Kebajikan Tahfiz Kelantan. Beliau sekarang menguruskan 7 buah sekolah tahfiz yang dibuka kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah. Persatuan ini juga banyak membantu sekolah-sekolah tahfiz ini untuk mendapatkan dana. Tuan Ir Meor juga merupakan pengasas Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan. Beliau banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk asnaf di Kelantan. Sehingga hari ini, terdapat 854 asnaf yang berdaftar di kelab beliau. 

Cik Puan Sharifah Sharina merupakan naib pengerusi Persatuan Kebajikan Projek Iqra' Semelaysia. Beliau, yang juga pada asalnya seorang jurutera, menubuhkan persatuan ini bersama 3 orang rakan-rakannya dengan tujuan untuk memberi kelas tusyen percuma dan bantuan kelas pemulihan untuk anak yatim dan anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah. Persatuan ini, yang lebih dikenali dengan nama Projek Iqra', telah berjaya mendapat bantuan dana daripada pembiayaan orang ramai (crowdfunding). Kelas tusyen dan kelas pemulihan dikendalikan oleh 50 orang sukarelawan. 

Kedua-dua Tuan Ir Meor dan Cik Puan Sharifah Sharina sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris dan sama-sama memegang objektif yang sama dengan kami; mendedahkan anak-anak kepada Bahasa Inggeris dari usia yang muda. 

Dengan sukacita, kami maklumkan bahawa Buku Digital Reading with Al akan dimasukkan ke dalam pembelajaran di sekolah tahfiz di bawah jagaan Tuan Ir Meor dan Projek Iqra' di bawah jagaan Cik Puan Sharifah Sharina.

Semoga anak-anak ini mendapat manfaat sepenuhnya melalui buku digital ini.

Wasalam dan terima kasih.
Pasukan JustSpeak

Friday, 27 November 2015

Bersamamu, anakku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa.

Benarkan saya untuk memperkenalkan diri saya. Nama diberi, Iman Fairuza binti Rozhan. Saya merupakan salah seorang jurulatih dan 'coach' di JustSpeak yang dilahirkan anak pertama kepada pasangan pensyarah yang mengajar di sebuah universiti tempatan. 

Alhamdulillah, kedua-dua ibu bapa saya bergraduat dengan PhD dari luar negara. Jadi, pendedahan mereka kepada Bahasa Inggeris amat luas. Jadi, di rumah, dari umur yang sangat awal lagi, ibu bapa saya memberi penekanan yang sangat tinggi kepada penguasaan bahasa. Mereka memastikan saya dan adik-adik saya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Di rumah, ibu bapa saya memenuhi bilik saya dengan bahan bacaan. Ada buku cerita, majalah, ensiklopedia dan macam-macam lagi. Ada kalanya, mereka akan menyuruh saya membaca kepada mereka. Ada kalanya mereka menyuruh saya bercerita semula tentang buku yang saya baca. Di hari minggu, saya akan membaca sekurang-kurangnya satu petikan dari surat khabar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tetapi, bukan baca seorang diri di dalam bilik. Baca dengan nada kuat untuk ibu atau ayah saya dengar, supaya mereka boleh betulkan sebutan saya. Sekiranya ada perkataan yang saya tidak tahu, ibu atau ayah akan menunjukkan cara mencari maksud di dalam kamus. 

Oleh kerana kedua-dua ibu bapa saya bekerja, masa yang diluangkan dengan saya agak terhad. Di awal 90-an juga, pegawai kerajaan masih bekerja separuh hari pada hari Sabtu. Jadi, untuk mengisi waktu-waktu mereka tidak ada untuk membantu saya dengan bacaan, mereka juga banyak membeli buku yang beserta dengan kaset. Dengan cara ini, saya berpeluang untuk mendengar bacaan dan sebutannya berulang-ulang kali. 

Membaca sahaja tidak mencukupi. Ibu bapa saya juga menekankan kepentingan menggunakan bahasa-bahasa ini. Jadi, di rumah, perbualan kami bi-lingual. Ibu dan ayah saya akan memperbetulkan ayat-ayat saya dan penggunaan perkataan dalam ayat saya apabila kami berbual. Saya juga banyak berpeluang mendengar mereka memberi arahan dan menjawab soalan saya dalam kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi, saya ikut. Dan fahaman saya kepada penggunaan kedua-dua bahasa ini makin hari makin bertambah baik.

Alhamdulillah, ibu dan bapa saya banyak memberi sokongan dan bantuan dalam saya menguasai dua bahasa yang sangat penting ini. 

Apabila umur saya mencapai 7 tahun, maka zaman persekolahan saya bermula. Dan di sini juga, bermula cabaran-cabaran saya. Saya telah menjadi selesa untuk menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dan di sekolah juga, ada kalanya, secara otomatik, saya menjawab atau bertanya satu soalan dalam Bahasa Inggeris. Ada rakan-rakan saya yang mencemuh saya dan bertanya "Awak ni tak reti cakap Bahasa Melayu ke? Kita ni kan Melayu."

Terdiam seketika saya. Ada juga beberapa pelajar yang tidak gemar berkawan dengan saya atas sebab selesa dan suka bercakap dalam Bahasa Inggeris, dan tidak hanya berinteraksi dalam Bahasa Melayu. Ada hari, saya pulang ke rumah, merasa sedih. Mana tidaknya, umur 7, 8 tahun, disisihkan kerana penggunaan bahasa. Tetapi, sokongan ibu dan bapa saya untuk saya terus menggunakan Bahasa Inggeris, dan tidak hanya bergantung kepada Bahasa Melayu, sangat kuat. Jadi, saya mula mengajar diri saya untuk tidak pedulikan kata-kata pelajar lain di sekolah. 

Pada umur 11 tahun, saya dan beberapa rakan yang fasih berbahasa Inggeris dipilih untuk bercakap dalam satu rancangan RTM1 sempena Hari Kemerdekaan. Tajuk yang diberi kepada kami: I am proud to be a Malaysian. Seronoknya saya, dapat keluar TV! Pada tahun yang sama, saya dipilih untuk mewakili sekolah saya dalam pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris. Dengan sokongan daripada guru Bahasa Inggeris dan ibu bapa saya, saya berjaya mara hingga ke peringkat daerah. Pengalaman ini telah banyak meningkatkan keyakinan diri saya untuk bercakap di hadapan khalayak ramai. Saya mula menjadi seorang yang berani; berani meminta bantuan, berani membuat presentasi, berani berjumpa dengan orang tak kira warga Malaysia ataupun warga asing dan saya menjadi yakin dalam penampilan diri saya.

Alhamdulillah.

Cabaran saya di mana saya disisihkan dan dicemuh kerana menggunakan Bahasa Inggeris berterusan sehingga saya diterima bekerja pada umur 22 tahun. Iya, di kolej dan universiti juga, saya banyak dicemuh. Tetapi, Alhamdulillah, oleh kerana sokongan ibu bapa daripada rumah lagi, saya tidak pernah berhenti memperbaiki diri saya dalam menguasai kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Oleh kerana sokongan daripada ibu bapa, saya berjaya mendapat pekerjaan pertama saya pada temuduga pertama saya, yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Alhamdulillah, tak sempat menganggur. Selesai sahaja pengajian di universiti, Alhamdulillah, saya berjaya meringankan beban kewangan ibu bapa saya. 

Kepada para ibu bapa yang inginkan anak anda fasih berbahasa Inggeris, tidak perlu tunggu untuk pihak sekolah menerapkan penguasaan bahasa itu. Jika mereka pulang ke rumah mengadu dicemuh rakan-rakan mereka, beri kata-kata semangat dan sokongan kepada mereka. Mulakan dari rumah. Sokongan dan bantuan ibu bapa bukan sahaja efektif, tetapi diingati dan dipegang oleh anak-anak, dan dibawa ke mana sahaja mereka pergi. InsyaAllah, sehingga berjaya.

It starts at home. Ianya bermula di rumah.

Nantikan lagi perkongsian saya dalam blog seterusnya.

Terima kasih
Iman daripada Pasukan JustSpeak

Friday, 20 November 2015

Anak Saya Suka Membaca - Tip #7

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa.

Semoga semuanya sihat.

Ini dia tip terakhir untuk menggalakkan anak kita membaca.

Tip #7 - Sekarang masa untuk membaca!
Aktiviti harian anak kita biasanya penuh dengan sekolah, kelas tambahan, aktiviti bersukan dan sebagainya. Jadikan membaca sebahagian daripada rutin aktiviti harian anak kita. Tetapkan satu masa dalam satu hari di mana ianya adalah masa untuk membaca. Dengan menetapkan masa untuk membaca, secara otomatik kita menerapkan kepentingan membaca kepada anak kita. Dan lama-kelamaan, anak kita dengan sendirinya akan suka membaca.

Banyak kajian yang mencadangkan sebelum tidur sebagai waktu terbaik untuk membaca. Aktiviti membaca ini boleh dibuat bersama-sama dengan anak, seperti yang dikongsi dalam Tip #1. Walau bagaimanapun, ibu bapa akan lebih arif untuk menentukan masa terbaik untuk menerapkan tabiat membaca ini, mengikut rutin aktiviti harian ibu bapa dan anak.

Itu dia tip-tip dalam menggalakkan anak kita membaca. Dengan membaca, luas pengetahuan dan imaginasi anak kita. Mudah-mudahan dengan membaca, ia akan menyuntik semangat luar biasa di dalam diri anak kita untuk berjaya dan membanggakan kita.

Kami akan berkongsi lagi tip-tip yang lain. Jadi, teruskan mengikuti kami!

Terima kasih dan wasalam
Pasukan JustSpeak

Anak Saya Suka Membaca - Tip #6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa.

Berjumpa lagi kita untuk tip seterusnya untuk menggalakkan anak kita membaca.

Tip #6 - Jom bersembang
Membaca tidak berhenti walaupun tiada buku atau mana-mana bahan bacaan di dalam tangan kita.

Di kala anak kita tidak membaca, bersembang dengan anak kita tentang buku yang mereka telah baca. Suruh mereka ceritakan apa yang mereka baca. Kita juga boleh meminta anak kita untuk berkongsi plot yang paling digemari oleh mereka daripada bacaannya. Dalam masa kita menunjukkan minat tentang apa yang anak kita baca, minat mereka untuk terus membaca akan lebih meningkat.

Selain itu, ibu bapa boleh bercerita dengan anak tentang buku yang anda telah baca. Mana tahu, ada minat yang sama dengan anak. Dan ini boleh menjadi topik bersembang pada bila-bila masa. Ini juga cara yang sangat baik untuk ibu bapa bermesra dan meluangkan masa dengan anak.

Ada satu lagi tip untuk menggalakkan anak kita membaca yang akan dikongsi dalam blog yang seterusnya.

Jumpa nanti.

Terima kasih dan wasalam
Pasukan JustSpeak

Anak Saya Suka Membaca - Tip #5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa.

Sudah 4 tip yang kami kongsikan untuk menggalakkan anak kita membaca. Dah dapat cuba? Yang mana yang paling digemari anak anda?

Ada lagi tip yang ingin kami kongsi.

Tip #5 - "Ibu! Ayah! Saya nak buku yang itu!"
Tabiat membaca ini sepatutnya menjadi satu tabiat yang sebati dengan anak kita dan bukanlah satu tabiat yang perlu dipaksa. Adakan beberapa jenis bahan bacaan di rumah. Seperti contoh majalah, buku cerita, surat khabar, komik, ensaiklopedia dan sebagainya. Ini akan membenarkan anak kita untuk memilih bahan bacaan mengikut minatnya.

Biarkan anak kita memilih bahan bacaan yang hendak dibacanya. Kerana dia akan memilih mengikut minatnya. Dan proses ini dapat membantu dalam menanam minat membaca di dalam diri anak kita. Apabila anak kita suka dengan apa yang dibacanya, tabiat membaca itu akan menjadi semula jadi kepada mereka. Sebagai ibu bapa, kita perhatikan bahan bacaan yang dipilih oleh anak kita untuk memastikan ianya sesuai dengan tahap mereka.

Semoga tip ini membantu. Jumpa lagi di blog seterusnya.

Terima kasih dan wasalam
Pasukan JustSpeak

Wednesday, 18 November 2015

Anak Saya Suka Membaca - Tip #4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa.

Sudah sedia untuk tip seterusnya untuk menggalakkan anak membaca?

Tip #4 - "Tengok apa yang saya dah buat!"
Satu lagi cara untuk meningkatkan motivasi anak untuk membaca adalah dengan adanya satu rekod kejayaan. Buat satu graf atau carta yang menunjukkan bilangan buku yang mereka telah baca. Kalau nak lebih menarik, boleh pilih satu tema untuk bahan yang akan dibaca. Tema ini boleh dipilih mengikut minat anak kita seperti astronomi, sukan, haiwan dan sebagainya. 

Selain graf atau carta, ibu bapa boleh mereka sebuah buku rekod membaca. Satu contoh adalah wujudkan Paspot Membaca. Setiap kali anak kita selesai membaca sebuah buku, mereka akan menerima satu cop atau kata-kata semangat di dalam Paspot Membaca mereka. 

Adakan satu target untuk anak kita. Adakan satu diskusi dengan anak kita tentang bilangan buku yang ingin dibaca olehnya dalam tempoh satu bulan. Di akhir setiap bulan, periksa graf atau carta atau Paspot Membaca untuk lihat kembali perkembangan mereka. Berikan ganjaran kepada mereka di akhir setiap bulan, sebagai tanda 'tahniah' atas kejayaan mereka dalam membaca. Lebih bersemangatlah anak kita untuk membaca apabila menerima penghargaan daripada kita. Ini juga merupakan cara yang amat baik untuk luangkan masa dengan anak kita.

Selamat mencuba. Kita bertemu lagi untuk tip seterusnya dalam blog yang akan datang.

Wasalam
Pasukan JustSpeak

Anak Saya Suka Membaca - Tip #3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa.

Selamat datang kembali! Jom kita lihat tip seterusnya untuk menggalakkan anak kita membaca.

Tip #3 - Berseronok beramai-ramai
Anak-anak kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan cepat apabila mereka sedang berseronok. Sebab itulah biasanya, anak kita terus 'excited' bila dapat main.

Tip yang ketiga adalah untuk menjadikan proses membaca menyeronokkan. Macam mana tu?

1) Penglibatan daripada anak-anak
Semasa membaca, tanya soalan kepada mereka. Contohnya:

  • Apa pengajaran daripada cerita ni?
  • Apa yang abang faham daripada cerita ni?
  • Dalam cerita ni, siapa hero/heroin dia?
  • Siapa watak yang kakak suka dalam cerita ni?
Mesti anak kita seronok untuk bercerita dan berkongsi pendapat mereka.

2) Lakon semula
Untuk lebih kreatif lagi, lakonkan adegan daripada apa yang telah dibaca. Semua orang dalam keluarga boleh terlibat dan memegang watak-watak yang berbeza. Ataupun, satu orang boleh memegang beberapa watak yang berbeza. Mana tau, daripada aktiviti ini, tersingkap juga bakat terpendam dalam anak kita!

Semoga ibu bapa di luar sana dapat mencuba tip ini dan berseronok sambil belajar dengan anak-anak. 


Nantikan Tip #4.

Jumpa lagi!
Pasukan JustSpeak

Thursday, 12 November 2015



SIAPA GURU B INGGERIS YANG TERBAIK? GURU IMPOT?

Baru-baru ini PEMANDU ada mengeluarkan video video tentang tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah  di kalangan murid murid sekolah. Ini bukanlah perkara baru malah isu ini hampir lapuk dibincangkan setiap tahun di akhbar akhbar berbahasa Inggeris. Kami mula berjumpa dengan masalah ini pada tahun 2008 waktu kami ditugaskan untuk melatih para graduan menganggur.

Pada masa itulah mata saya terbeliak, jantung pun gugup sekejap. Hati berkata “apa dah jadi?” “where did we go wrong?” “mengapa waktu saya tamat belajar dulu tak macam ini?”. Setelah naik turun beberapa pejabat kerajaan dan kementerian, nampaknya bagi mereka benda ini hanya boleh diselesaikan oleh mereka yang memang di dalam dunia pendidikan sahaja.

Jadi kami pun, berundurlah. Maklumlah nak beritahu gajah yang mereka ni gajah dan banyak benda yang gajah tak boleh nampak disebabkan saiznya, bukanlah senang. Kami yang ‘kerdil’ ni pun keluarlah mencari jalan penyelesaian. Bagi kami itu yang lebih penting.

Dari hasil mencari jalan penyelesaian iaitu sambil kami menjalankan program kami juga menjalankan kajian terhadap peserta kami yang rata-ratanya menghadapi cabaran menguasai Bahasa Inggeris, kami dapati ada satu persamaan yang ketara.

Yang pertama, semuanya melalui sistem persekolahan yang sama iaitu sistem persekolahan kerajaan.

Yang keduanya, apabila di tanya pendedahan kepada Bahasa Inggeris, semua yang menghadapi cabaran dengan Bahasa Inggeris ini mengakui bahawa sewaktu di bawah umur 7 tahun memang tiada atau sangat kurang pendedahan di dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

Kurang pendedahan bermaksud :
1.       Tidak pernah dengar sesiapa gunakan Bahasa Inggeris di rumah.
2.       Tidak pernah mempunyai ataupun didedahkan dengan bahan bacaan Bahasa Inggeris di rumah.
3.       Tidak pernah didedahkan dengan rancangan televisyen berbahasa Inggeris di rumah.

Apabila mereka masuk ke sekolah ( tadika atau tahun 1 ), barulah pertama kali mereka di dedahkan bahawa ada satu lagi bahasa yang mereka perlu belajar.

Sedangkan lingkungan umur 0-7 tahun merupakan lingkungan tahun yang mana kadar pembelajaran berlaku paling cepat di kalangan kanak-kanak. Ini kerana mereka tidak mempunyai kepercayaan bahawa sesuatu itu susah atau mustahil melainkan diberitahu oleh orang dewasa.

Jadi inilah waktu terbaik sebenarnya untuk anak-anak kita menguasai Bahasa Inggeris. Bukan dalam erti kata akan hafal setiap tatabahasa ‘ apa itu past tense, present tense, past participle, past continuous tense, adjective, nouns ‘ dan segalanya, tetapi sebaliknya menguasai penggunaan bahasa itu melalui proses ‘familiarization’ atau mengenali bahasa itu.

Dan anda tahu tak? Selepas anak-anak meninggalkan alam persekolahan, apa yang lebih penting ialah penggunaan bahasa tersebut dan bukannya kebolehan menghafal aspek teknikal bahasa itu.

Bagaimana kalau kita ibu bapa pun tak fasih ? 
Sebenarnya jika bermula dari rumah, ibu bapa tak perlu pun jadi guru bahasa Inggeris hingga boleh terangkan setiap makna perkataan. Jangan bimbang jika anda tidak fasih.

Dalam lingkungan umur ini apa yang penting ialah PENDEDAHAN kepada bahasa itu :

i.Beri mereka tonton rancangan kanak-kanak Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Kalau bertembung dengan drama kegemaran para ibu, minta maaf saya nak cakap bila dah jadi ibu bapa ni kita dah tak boleh jadi ‘selfish’. Anak itu amanah, nak buat apa-apa pun kita mesti fikirkan apa impak dan manfaat kepada anak-anak. Jadi para ibu atau bapa, silalah beri laluan untuk anak anda tonton rancangan kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris itu ( walaupun anda tak faham ).

ii, Beli buku-buku cerita bahasa Inggeris, tak perlu banyak jika terlalu mahal. Cukup untuk mereka tahu Bahasa Inggeris itu wujud.

iii. Yang ada internet, carikan program-program percuma kanak-kanak di dalam youtube. Dulu zaman saya tak da pun internet, anak penoreh getah pun boleh mahir Bahasa Inggeris sebab bapanya belikan surat khabar Bahasa Inggeris untuk anak, walaupun bapanya tak reti baca.

Masih perlu guru IMPOT? Terus terang saya katakan, jika lebih ramai para ibu bapa yang mengambil tanggung jawab ini, lebih banyak wang negara dapat dijimatkan dari mengalir keluar membayar orang asing. Saya terpaksa tulis juga di sini sebab saya antara pembayar cukai.

Guru sekolah dan sistem sekolah kerajaan ? Penguasaan Bahasa Inggeris adalah satu usaha berpasukan dan ibu bapa adalah antara ahli pasukan itu. Jika kita dah mulakan dari rumah, insyaallah masuk ke sistem apa pun , letak guru walau tak kompeten sekali pun anak kita tetap teguh penguasaan Bahasa Inggerisnya kerana kita telah mulakan dari rumah.

Bertemu lagi di posting yang akan datang!


Catatan :Pengasas JustSpeak

Wednesday, 11 November 2015

Anak Saya Suka Membaca! - Tip #2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa!

Alhamdulillah, kita bertemu kembali untuk berkongsi tip bagi menggalakkan anak-anak membaca.

Tip #2 - Lebih dari buku
Apa benda pertama yang terdetik di minda dan fikiran kita untuk menggalakkan anak kita membaca? Biasanya, secara automatik kita akan pergi ke kedai buku untuk mencari bahan bacaan seperti buku cerita, majalah, surat khabar dan komik.

Ini tip kedua. Bahan bacaan bukan satu-satunya alat untuk membantu menggalakkan anak kita membaca. Jom kita tengok beberapa cara lain:

1) Permainan silang kata seperti Sahibba atau Scrabble
Permainan silang kata ini akan memerlukan anak-anak kita mengetahui banyak perkataan untuk mendapat mata tertinggi. Ini akan menggalakkan mereka untuk membuka kamus, dan memperbanyakkan membaca untuk menambahkan kosa kata mereka. Galakkan juga anak kita untuk membaca arahan kepada permainan tersebut.

2) Senarai barang keperluan
Sebelum kita keluar ke Giant, Tesco, Jusco atau mana-mana pasar untuk membeli barang keperluan untuk rumah, kita akan menyediakan satu senarai barang untuk dibeli. Ajak anak kita untuk membantu menulis senarai barang yang diperlukan. Jadi, kita sebut, mereka tulis. Kemudian, ajak mereka keluar membeli bersama supaya mereka dapat membaca semula barang-barang yang diperlukan.

3) Pesanan untuk anak
Sekali sekala, tinggalkan pesanan untuk anak kita baca. Pesanan itu mungkin pesanan untuk mengingatkan anak kita untuk membantu dengan kerja rumah ataupun satu pesanan manja untuk anak kita. Contohnya: Kakak, jangan lupa kemaskan bilik (Don't forget to clean up your room). Jangan lupa, hari hari ibu dan ayah sayangkan adik (Remember, we love you everyday). 

Semoga tip kedua ini membantu dalam menggalakkan anak-anak kita membaca, dan sekaligus memberi peluang untuk kita meluangkan masa dengan anak kita.

Jumpa lagi dalam perkongsian Tip #3 nanti.
Pasukan JustSpeak

Wednesday, 4 November 2015

Anak Saya Suka Membaca!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa!

Adakah anak menghadapi cabaran untuk menggalakkan anak-anak anda membaca?
Kami ingin kongsikan beberapa tip untuk mengatasi cabaran ini.

Tip #1 - Membaca kepada anak-anak
Kebiasaanya, kita sebagai ibu bapa akan menyuruh anak kita membaca kepada kita. Ini supaya kita dapat mendengar bacaan mereka.

Dalam tip pertama ini, kita terbalikkan prosesnya. Kita sebagai ibu bapa pula yang membaca kepada anak-anak kita. Ini membolehkan anak-anak kita mendengar intonasi dan cara-cara sebutan yang betul.

Tak kira di mana kita berada, kita sebagai ibu bapa boleh membaca kepada anak-anak kita. Seperti contoh: sebelum tidur atau pun di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Membaca kepada anak-anak kita juga boleh menjadi salah satu cara untuk menyuntik motivasi kepada anak-anak kita untuk mula membaca!

Semoga tip ini membantu.

Nantikan Tip #2 dalam blog seterusnya.

Jumpa lagi!
Pasukan JustSpeak