Terdapat banyak siri bacaan fonik Bahasa Inggeris yang terdapat di pasaran. Namun, jika ibu bapa mempunyai masa yang suntuk ataupun tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak-anak membaca, bagaimana pula jalan penyelesaiannya?
Reading with Al ditulis untuk membantu ibu bapa yang :
1. Tidak fasih dan tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak-anak membaca di dalam Bahasa Inggeris.
2. Fasih Bahasa Inggeris tetapi tidak pasti bagaimana hendak mengajar anak membaca.
3. Mempunyai masa yang terhad untuk menagajar anak-anak.
Mungkin ada yang kata mengapa nak beri tekanan kepada anak-anak, biarlah dia bermain kerana umur masih muda lagi. Ya betul, kami sangat setuju kerana itulah konsep yang di amalkan oleh Reading with Al, iaitu belajar dengan kadar pembelajaran masing-masing.
Apa faedahnya jika anak dapat membaca dengan cepat ?
1. Ibu bapa boleh wujudkan rasa cinta buku dan cinta ilmu di kalangan anak-anak dari umur yang kecil lagi. Ramai ibu bapa yang mengadu anak-anak kuat bermain game dalam gajet. Ini bermakna adalah sangat penting untuk memperkenalkan kemahiran membaca di kalangan anak-anak supaya ada keseimbangan aktiviti membaca buku-buku fizikal, penglibatan di dalam aktiviti fizikal serta waktu waktu terjadual menggunakan gajet.
2. Melalui pembacaan, penguasaan Bahasa Inggeris digarap secara semula jadi. Anak anak tak perlu pening dengan pelajaran tatabahasa yang akan dipelajari di sekolah nanti kerana sudah dikuasai melalui pembacaan buku-buku cerita Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Malaysia.
Reading with Al Level 1
Di level 1, terdapat 12 buah buku-buku yang memperkenalkan huruf-huruf serta bunyi sebutannya di dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana buku ini telah di buat di platform mobile app dan berbentuk buku digital, ia mengeluarkan bunyi pada setiap tindakan 'touch screen' oleh anak-anak terhadap setiap huruf dan sebutan bunyi.
Dengan ini, anak-anak akan belajar mengenal setiap huruf dan bunyian huruf. Inilah yang dipanggil pendekatan bacaan fonik. Buku buku ini sesuai untuk anak yang berumur 1 tahun dan ke atas, manakala berapa cepatnya anak-anak akan boleh membaca berbeza dari seorang kanak-kanak.
Yang penting bagi ibu bapa ialah memberikan pendedahan sebanyak mungkin terhadap sebutan dan cara Bahasa Inggeris digunakan. Jangan terkejut jika anak anda dah boleh membaca walau baru berumur 2 tahun.
Jika dia sudah boleh membaca buku sedikit demi sedikit sediakan buku-buku fizikal untuk mereka 'nikmati'. Dan jangan lupa puji setiap kali mereka menunjukkan usaha mengambil buku - walaupun masih belum pada membaca.
Selamat men'download' buku-buku ini. Buku-buku 1, 2 dan 3 diberikan percuma manakala buku-buku lain di jual pada harga RM8 setiap satu.
Jumlah perkataan baru yang dipelajari dari Level 1 ialah sebanyak 79 perkataan baru.












No comments:
Post a Comment