Wednesday, 27 January 2016

3 CARA PELAJAR MENERIMA ILMU


Ada 3 cara utama pelajar menerima ilmu dan setiap pelajar berbeza dari segi cara mereka menerima ilmu dari guru :
1. AUDITORY
Dengan cara mendengar. Ada pelajar yang hanya dengan fokus mendengar sudah cukup untuk membuatkan dia faham apa yang diajar oleh guru. Persekitaran semasa mendengar haruslah senyap dan tiada gangguan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk fokus. Malangnya tidak ramai pelajar yang menerima pelajaran dari guru dengan cara ini. Dianggarkan hanya 10% dari populasi dunia yang mempunyai AUDITORY sebagai cara terbaik mereka menerima ilmu.
2. VISUAL
Dengan cara melihat. Pelajar VISUAL menggarap ilmu dengan baik dari gambar-gambar, peta minda, penggunaan pelbagai warna pen di dalam nota, penggunaan slides dan video, 'kad imbas' , penggunaan poster di kelas dan sebagainya.
Mereka lazimnya mempunyai skor 'multiple intelligence' spatial visual yang tinggi dan lazimnya lebih kreatif dari rakan-rakan yang lain. Dianggarkan diantara 20-30% dari populasi dunia yang cara menerima ilmu terbaik bagi mereka ialah melalui VISUAL.
3. KINESTHETIC
Dengan cara perbuatan. Pelajar KINESTHETIC menggarap ilmu dengan baik dengan melakukan perbuatan fizikal. Contohnya mereka mengingati fakta atau penggunaan bahasa melalui 'role play', belajar matemaik dan sains dengan menyelesaikan masalah atau terlibat dengan projek dan menyelesaikan masalah yang benar benar wujud. Pelajar kinesthetic juga tidak boleh fokus terlalu lama seperti pelajar auditory. Sebarang pengajaran fakta oleh guru haruslah diselangselikan setiap 5 atau 10 minit.
Majoriti pelajar adalah tergolong dari pelajar KINESTHETIC.
Di JustSpeak, program dibentuk dengan mengambil kira fakta ini. Kerana itulah peserta dapat belajar dengan cepat, malah terus berupaya membuat public speaking pada hari kedua.

No comments:

Post a Comment