Selamat datang kembali! Jom kita lihat tip seterusnya untuk menggalakkan anak kita membaca.
Tip #3 - Berseronok beramai-ramai
Anak-anak kita mempelajari sesuatu dengan lebih mudah dan cepat apabila mereka sedang berseronok. Sebab itulah biasanya, anak kita terus 'excited' bila dapat main.
Tip yang ketiga adalah untuk menjadikan proses membaca menyeronokkan. Macam mana tu?
1) Penglibatan daripada anak-anak
Semasa membaca, tanya soalan kepada mereka. Contohnya:
- Apa pengajaran daripada cerita ni?
- Apa yang abang faham daripada cerita ni?
- Dalam cerita ni, siapa hero/heroin dia?
- Siapa watak yang kakak suka dalam cerita ni?
Mesti anak kita seronok untuk bercerita dan berkongsi pendapat mereka.
2) Lakon semula
Untuk lebih kreatif lagi, lakonkan adegan daripada apa yang telah dibaca. Semua orang dalam keluarga boleh terlibat dan memegang watak-watak yang berbeza. Ataupun, satu orang boleh memegang beberapa watak yang berbeza. Mana tau, daripada aktiviti ini, tersingkap juga bakat terpendam dalam anak kita!
Semoga ibu bapa di luar sana dapat mencuba tip ini dan berseronok sambil belajar dengan anak-anak.
Nantikan Tip #4.
Jumpa lagi!
Pasukan JustSpeak
No comments:
Post a Comment