Thursday, 12 November 2015



SIAPA GURU B INGGERIS YANG TERBAIK? GURU IMPOT?

Baru-baru ini PEMANDU ada mengeluarkan video video tentang tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah  di kalangan murid murid sekolah. Ini bukanlah perkara baru malah isu ini hampir lapuk dibincangkan setiap tahun di akhbar akhbar berbahasa Inggeris. Kami mula berjumpa dengan masalah ini pada tahun 2008 waktu kami ditugaskan untuk melatih para graduan menganggur.

Pada masa itulah mata saya terbeliak, jantung pun gugup sekejap. Hati berkata “apa dah jadi?” “where did we go wrong?” “mengapa waktu saya tamat belajar dulu tak macam ini?”. Setelah naik turun beberapa pejabat kerajaan dan kementerian, nampaknya bagi mereka benda ini hanya boleh diselesaikan oleh mereka yang memang di dalam dunia pendidikan sahaja.

Jadi kami pun, berundurlah. Maklumlah nak beritahu gajah yang mereka ni gajah dan banyak benda yang gajah tak boleh nampak disebabkan saiznya, bukanlah senang. Kami yang ‘kerdil’ ni pun keluarlah mencari jalan penyelesaian. Bagi kami itu yang lebih penting.

Dari hasil mencari jalan penyelesaian iaitu sambil kami menjalankan program kami juga menjalankan kajian terhadap peserta kami yang rata-ratanya menghadapi cabaran menguasai Bahasa Inggeris, kami dapati ada satu persamaan yang ketara.

Yang pertama, semuanya melalui sistem persekolahan yang sama iaitu sistem persekolahan kerajaan.

Yang keduanya, apabila di tanya pendedahan kepada Bahasa Inggeris, semua yang menghadapi cabaran dengan Bahasa Inggeris ini mengakui bahawa sewaktu di bawah umur 7 tahun memang tiada atau sangat kurang pendedahan di dalam penggunaan Bahasa Inggeris.

Kurang pendedahan bermaksud :
1.       Tidak pernah dengar sesiapa gunakan Bahasa Inggeris di rumah.
2.       Tidak pernah mempunyai ataupun didedahkan dengan bahan bacaan Bahasa Inggeris di rumah.
3.       Tidak pernah didedahkan dengan rancangan televisyen berbahasa Inggeris di rumah.

Apabila mereka masuk ke sekolah ( tadika atau tahun 1 ), barulah pertama kali mereka di dedahkan bahawa ada satu lagi bahasa yang mereka perlu belajar.

Sedangkan lingkungan umur 0-7 tahun merupakan lingkungan tahun yang mana kadar pembelajaran berlaku paling cepat di kalangan kanak-kanak. Ini kerana mereka tidak mempunyai kepercayaan bahawa sesuatu itu susah atau mustahil melainkan diberitahu oleh orang dewasa.

Jadi inilah waktu terbaik sebenarnya untuk anak-anak kita menguasai Bahasa Inggeris. Bukan dalam erti kata akan hafal setiap tatabahasa ‘ apa itu past tense, present tense, past participle, past continuous tense, adjective, nouns ‘ dan segalanya, tetapi sebaliknya menguasai penggunaan bahasa itu melalui proses ‘familiarization’ atau mengenali bahasa itu.

Dan anda tahu tak? Selepas anak-anak meninggalkan alam persekolahan, apa yang lebih penting ialah penggunaan bahasa tersebut dan bukannya kebolehan menghafal aspek teknikal bahasa itu.

Bagaimana kalau kita ibu bapa pun tak fasih ? 
Sebenarnya jika bermula dari rumah, ibu bapa tak perlu pun jadi guru bahasa Inggeris hingga boleh terangkan setiap makna perkataan. Jangan bimbang jika anda tidak fasih.

Dalam lingkungan umur ini apa yang penting ialah PENDEDAHAN kepada bahasa itu :

i.Beri mereka tonton rancangan kanak-kanak Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Kalau bertembung dengan drama kegemaran para ibu, minta maaf saya nak cakap bila dah jadi ibu bapa ni kita dah tak boleh jadi ‘selfish’. Anak itu amanah, nak buat apa-apa pun kita mesti fikirkan apa impak dan manfaat kepada anak-anak. Jadi para ibu atau bapa, silalah beri laluan untuk anak anda tonton rancangan kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris itu ( walaupun anda tak faham ).

ii, Beli buku-buku cerita bahasa Inggeris, tak perlu banyak jika terlalu mahal. Cukup untuk mereka tahu Bahasa Inggeris itu wujud.

iii. Yang ada internet, carikan program-program percuma kanak-kanak di dalam youtube. Dulu zaman saya tak da pun internet, anak penoreh getah pun boleh mahir Bahasa Inggeris sebab bapanya belikan surat khabar Bahasa Inggeris untuk anak, walaupun bapanya tak reti baca.

Masih perlu guru IMPOT? Terus terang saya katakan, jika lebih ramai para ibu bapa yang mengambil tanggung jawab ini, lebih banyak wang negara dapat dijimatkan dari mengalir keluar membayar orang asing. Saya terpaksa tulis juga di sini sebab saya antara pembayar cukai.

Guru sekolah dan sistem sekolah kerajaan ? Penguasaan Bahasa Inggeris adalah satu usaha berpasukan dan ibu bapa adalah antara ahli pasukan itu. Jika kita dah mulakan dari rumah, insyaallah masuk ke sistem apa pun , letak guru walau tak kompeten sekali pun anak kita tetap teguh penguasaan Bahasa Inggerisnya kerana kita telah mulakan dari rumah.

Bertemu lagi di posting yang akan datang!


Catatan :Pengasas JustSpeak

2 comments:

  1. insha allah..i m trying to speak eng with kids..

    ReplyDelete