Thursday, 3 December 2015

SEMUA NAIK HARGA KECUALI PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS


Kepada yang tinggal di Malaysia, sudah tentunya perbincangan yang paling hangat ialah kenaikan kos kehidupan dari harga barang makanan ke kos tol dan sebagainya. Apabila kos barangan asas meningkat, lazimnya ada kos lain yang terpaksa dijadikan korban. Dan antara yang terpaksa dikorbankan ialah pendidikan atau sekurang-kurangnya terpaksa dikurangkan. Ini terpaksa dilakukan terutamanya jika kita mempunyai pendapatan yang tetap atau makan gaji.

17 tahun yang lalu saya adalah di antara ibu bapa yang sangat menekankan pendidikan dan sanggup berbelanja besar untuk membeli buku-buku untuk anak-anak. Saya masih ingat lagi oleh kerana tertarik dengan set buku yang datang satu rak dengan hampir 100 buah buku, saya pun geseklah kad kredit saya untuk RM2,000 lebih. Kononnya saya hanya bayar RM200 lebih sebulan.

Antara penyelesaian saya ialah:

1. Membeli dengan terburu-buru dan berfikir harga melambangkan kebijaksanaan saya sebagai ibu bapa dan tanda kasih sayang.

2. Tidak memastikan apa minat atau kecenderungan anak saya di dalam pilihan buku-buku bacaan.

Baru-baru ini saya mendapati antara pakej yang di tawarkan oleh syarikat yang sama ada yang hampir RM10,000. Perkara yang pertama yang terlintas di hati saya ialah bagaimana para ibu bapa muda hendak mengasingkan jumlah wang sebanyak itu untuk buku anak-anak sedangkan simpanan untuk beli rumah pun belum tentu dah mencukupi.

Apakah ini bermakna pemilikan ilmu akan hanya di perolehi oleh mereka yang poket tebal atau golongan elit sahaja? Bagaimana dengan yang lain-lain? Sedangkan jika kita berada di tahap sederhana sahaja, maka lebih penting untuk kita melengkapi anak-anak kita dengan ilmu secukupnya demi masa hadapan mereka.

Walaubagaimanapun, jika dilihat dari sudut lain, pada zaman inilah pendidikan sepatutnya menjadi lebih affordable and accessible for all. Mampu milik dan boleh di perolehi oleh semua golongan. Ini di dorong oleh faktor teknologi seperti internet dan telefon pintar.

Contohnya, untuk pendidikan anak-anak, jika anda tidak lagi mahu membayar untuk pakej televisyen swasta, cukuplah dengan mengadakan internet di rumah. Dengan internet anak-anak masih boleh lagi:

1.  Menonton YouTube untuk rancangan kanak-kanak pilihan. Dari sini kanak-kanak boleh mengasah kemahiran MENDENGAR Bahasa Inggeris mereka sebagai langkah pertama menguasai Bahasa Inggeris. PIlih rancangan YouTube berbentuk lagu-lagu kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris untuk mereka membiasakan diri dengan bahasa tersebut. Jangan bimbang jika tidak  faham, itu akan mereka fahami kemudian. Dengan mendengar berulang-ulang mereka akan mampu belajar BERTUTUR dengan cara mengajuk apa yang mereka dengar. Sekali lagi jangan bimbang jika mereka tidak faham (tapi selalunya mereka faham sebenarnya ;-))


2.   Menonton filem-filem animasi Disney yang boleh dimuat turun secara percuma apabila filem itu sudah pun tiada lagi di panggung wayang. Filem animasi kanak-kanak lazimnya menggunakan Bahasa Inggeris mudah selain menghiburkan.

Pendedahan seperti ini pada umur yang awal (sebaik-baiknya dari bayi lagi akan menjimatkan ibubapa dari perlu menghantar tusyen Bahasa Inggeris selama 11 tahun mereka di sekolah nanti. Katakan kos tusyen adalah pada RM60 sebulan atau RM600 setahun untuk sebelas tahun ia boleh menelan belanja RM6,600. Banyak lagi belanja tusyen untuk subjek lain yang ibu bapa nanti perlukan untuk anak-anak nanti.

Seterusnya untuk membaca, kaedah terbaik ialah melalui pembacaan fonik iaitu proses mengenal huruf, gabungan huruf beserta dengan cara belajar sebutan sekali gus. Terdapat banyak banyak siri-siri bacaan fonik yang di impot dan boleh di dapati di pasaran di dalam bentuk set buku atau flash card (kad imbas).

Masalahnya ialah:
1.   Set fonik impot ditulis oleh mereka yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Ibunda, yang mana kanak-kanak membesar dengan inidvidu yang menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Jadi ia sama ada mungkin agak kompleks bagi anak-anak kita (melainkan kita sendiri menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya) mahupun agak kompleks untuk kita sebagai ibu bapa untuk mengajar anak-anak kita.

2.    Jika guna flash card, sudah bersediakah ilmu kita sebagai ibu bapa. Kita pulak kena pergi ke kelas dahulu. Tambahan pula, masa terhad setiap hari kerana harus dibahagikan dengan tugas-tugas rumah yang harus diselesaikan. Nak ambil pembantu rumah pun bukan murah sekarang. Silap haribulan, set fonik yang beratusan atau beribu ringgit itu hanya akan mengumpul habuk di rumah.

Ok mungkin ada yang kata, hantar sahaja ke tadika medium bahasa Inggeris kan banyak sekarang?
Betul, tetapi tahukah anda sekarang juga amat sukar untuk mendapatkan guru Bahasa Inggeris bertauliah untuk sekolah apatah lagi untuk mengajar diperingkat tadika. Dan sudahkah anda membuat penyelidikan berapa kos tadika medium Bahasa Inggeris yang terdapat di pasaran sekarang? Dan jika ada, anak anda harus belajar bersama dengan 20 ke 30 pelajar lain dan guru harus memberikan perhatian sekali gus kepada kumpulan yang besar.

Kerana itulah penguasaan Bahasa Inggeris harus dimulakan di rumah untuk hasil yang terbaik. Sebagai ibu bapa kita tentunya inginkan yang terbaik untuk anak-anak kita tanpa membebankan kewangan kita sehingga berhutang piutang menggunakan kad kredit. Walau pun kerajaan telah menyedari isu penguasaan Bahasa Inggeris ini dan telah pun mengambil langkah sewajarnya, sebenarnya tanggungjawab tersebut adalah terletak di bahu ibu bapa kerana masa terbaik untuk menguasai bahasa untuk anak-anak ialah sewaktu dia berumur di bawah 7 tahun lagi.




Siri Buku Bacaan Fonik Reading with Al (www.readingwithal.com) ditulis khas untuk mengatasi cabaran oleh para ibu bapa muda seperti ini. Dengan harga hanya RM8 setiap buku, ia boleh dibeli secara berperingkat oleh para ibu bapa dari Google Playstore. Set lengkap terdiri dari 6 peringkat mengandugi 85 buah buku yang akan membantu anak-anak anda belajar sebutan Bahasa Inggeris secara berperingkat. Ia juga boleh dibeli secara berperingkat dengan harga yang mampu milik. Setiap peringkat ada 3 buku percuma menjadikan pembelian buku-buku selebihnya tidak sampai RM100.

Selain dari mampu milik, buku-buku ini datang dengan audio yang mengajar sebutan Bahasa Inggeris dengan betul untuk anak-anak anda. Ibu bapa tak perlu bimbang atau stress jika tidak pasti tetapi hanya perlu menemani anak mereka untuk sedikit waktu berkualiti dan menunjukkan sokongan usaha mereka belajar membaca. Selebihnya, anak-anak boleh terus praktis sebutan tersebut dengan mengulangi audio tersebut dari tablet atau telefon pintar.

Buku-buku ini sudah pun terdapat di pasaran dan untuk membaca lebih lanjut tentang buku-buku tersebut layari: readingwithalmy.blogspot.my



No comments:

Post a Comment