Assalamualaikum dan selamat sejahtera para ibu bapa. Semoga semuanya sihat.
Biasanya, apabila anak kita belajar, bagaimana kita tetapkan tempat untuk mereka belajar? Anak kita duduk di atas sebuah kerusi di sebuah meja dan mereka menghabiskan beberapa jam terduduk untuk belajar. Betul tak?
Kali ini, ingin saya kongsikan satu pendekatan pembelajaran yang berbeza untuk anak-anak kita.
'When Moving is Learning'
Apabila anak-anak kita meneroka dengan bergerak, menyentuh, merasa dan mengalami sesuatu, mereka sebenarnya sedang melalui proses pembelajaran.
Jom kita tengok kesan pergerakan kepada pembelajaran yang pertama: Badan dan Minda
Sian Beilock, seorang profesor dalam bidang psikologi dari University of Chicago berkata, "Untuk benar-benar membantu seseorang pelajar belajar pada tahap yang optimum, mereka harus dibenarkan untuk berfikir di luar logik yang ada di dalam kepala mereka."
Manakala Maria Montessori, penulis buku berjudul The Secret of Childhood berkata di dalam bukunya, "Pergerakan atau aktiviti fizikal merupakan satu faktor yang penting dalam pembangunan intelek seseorang pelajar. Ini boleh dicapai melalui aktiviti di luar rumah atau di luar bilik darjah."
Apabila anak-anak kita mula meneroka, kita sebagai ibu bapa akan mula untuk memberi tunjuk ajar dan arahan. Proses ini memerlukan anak-anak kita mendengar, memahami dan memproses maklumat yang kita berikan untuk dipraktikkan dengan sendiri. Proses ini secara tidak langsung merangsang minda anak kita untuk mula berfikir dan menganalisa sesuatu keadaan sebelum melakukan sesuatu.
Sian Beilock juga berkata bahawa pembelajaran melalui penerokaan merangsang bahagian otak yang mengawal kemahiran komunikasi. Jadi anak-anak kita yang belajar melalui meneroka ini akan dapat berkomunikasi dan mempelajari bahasa dengan lebih cepat dan efektif!
Untuk membantu anak-anak kita belajar, tidak semestinya di meja belajar sahaja. Apabila kita sebagai ibu bapa membuka peluang untuk anak kita belajar dengan kreatif, maka mereka akan dapat berfikir dengan kreatif. Orang-orang yang kreatif ini juga dikenali untuk mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ini satu ciri yang sangat dicari-cari oleh para majikan zaman sekarang.
It starts at home. Ianya bermula dari rumah.
Iman Fairuza Rozhan dibesarkan
dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di
rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka
berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman
selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun
tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai
Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan
pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu
graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai
pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih
yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk
berjaya dalam hidup mereka.

No comments:
Post a Comment