Thursday, 28 January 2016

Jurang generasi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa. Apa khabar? Semoga semuanya sihat.

Pernah tak dengar tentang 'generation gap' atau jurang generasi antara Greatest Generation, Baby Boomers, Gen X dan Gen Y?

Rumusan generasi:
Greatest Generation: Lahir sebelum tahun 1945.
Baby boomers: Lahir dalam lingkungan tahun 1945 - 1960
Gen X: Lahir dalam lingkungan tahun 1961 - 1980
Gen Y: Lahir dalam lingkungan tahun 1981 - 1995

Terdapat banyak artikel tentang betapa bezanya pandangan dan cara hidup terutamanya antara Gen Y berbanding dengan Baby Boomers. Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa rintihan tentang perwatakan dan permintaan daripada Gen Y.

Jom kita cuba fahamkan cara pemikiran Gen Y. 

1) Cita-cita yang tinggi/luar biasa

Generasi ini mahu merealisasikan impian mereka sendiri. Dalam memilih kerjaya atau pekerjaan, faktor utama yang mereka pertimbangkan adalah sama ada kerjaya atau pekerjaan tersebut serasi dengan impian mereka. Antara soalan yang mereka bertanya kepada diri mereka: Adakah kerjaya atau pekerjaan ini akan memberi aku kepuasan?

Beza kan dengan Baby boomers? Baby boomers lebih mementingkan kerjaya yang memberikan mereka kestabilan kewangan dan perkembangan kerjaya.

2) Keyakinan diri yang tinggi

Generasi ini sangat yakin dengan diri mereka dan kebolehan mereka untuk berjaya dalam apa sekalipun kerjaya yang mereka pilih. Dan oleh kerana keyakinan mereka yang tinggi, mereka percaya mereka akan berjaya dalam masa yang singkat. Mereka suka untuk orang lain sedar dengan kebolehan mereka dan mereka suka diberi ganjaran seperti kenaikan pangkat atau kenaikan gaji dengan cepat. Ini merupakan salah satu sebab kenapa generasi ini sering mencari-cari peluang kerjaya yang baru. Kerjaya yang akan dapat memberi mereka lebih kepuasan dengan ganjaran yang lebih.

Jelas perbezaan dengan Baby boomers di sini. Baby boomers lebih didorong untuk bekerja keras kerana mereka tahu ada ganjaran yang menanti mereka, walaupun ganjaran tersebut mengambil masa. Ini salah satu faktor kenapa mereka boleh kekal dan setia bekerja dengan satu organisasi.

3) Pendedahan kepada media sosial

Media sosial telah banyak merubah kehidupan sosial kita terutamanya bagi generasi muda. Media sosial telah membuka peluang untuk generasi ini berkongsi apa sahaja yang mereka mahu dengan rakan-rakan, kenalan mahupun seluruh dunia. Ini sekaligus membuka peluang untuk mereka tahu apa yang sedang berlaku dengan rakan sebaya mereka. Ada kalanya, perkara yang dikongsi di media sosial itu sesuatu yang dibuat-buat atau dilebih-lebihkan. Dan ada sesetengah perkongsian ini menjadi ikutan anak-anak muda yang lain. Ternyata, media sosial ada kelebihannya dan ada kekurangannya sehinggakan perwatakan dan emosi anak-anak kita boleh terpengaruh. Ini merupakan salah satu faktor yang membuatkan anak-anak kita daripada generasi ini mahu memilih kerjaya yang memberi kepuasan hati. Supaya mereka boleh merasa kegembiraan, seperti mana yang mereka lihat di media sosial.

Sekiranya kita melihat Baby boomers, mereka kurang terdedah kepada perkembangan orang-orang di sekeliling mereka. Jadi, mereka lebih fokus kepada apa yang mereka lakukan dan secara perlahan-lahan maju dan meningkat. 'Slow and steady' kata orang putih.

Sekian perkongsian saya kali ini. Mudah-mudahan perkongsian ini membantu kita lebih memahami anak-anak kita dalam membantu mereka dengan kerjaya dan kejayaan mereka.

Terima kasih

Iman Fairuza Rozhan dibesarkan dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk berjaya dalam hidup mereka.


APA ITU NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING?




NEURO - merujuk kepada proses neurologikal di dalam otak manusia yang memproses pelbagai maklumat.
LINGUISTIC - merujuk kepada penggunaan bahasa, perkataan sama ada bahasa kita dengan diri sendiri mahupun dengan orang lain.
PROGRAMMING - merujuk kepada proses mem-program-kan tingkah laku atau mengubah sesuatu tingkah laku melalui perubahan bahasa yang digunakan.
Untuk apakah NLP digunakan di dalam sesi terapi, coaching secara individu mahupun secara berkumpulan ?
1. Meningkatkan keyakinan diri
2. Membantu mencapai matlamat seseorang
3. Membuang tabiat dan tingkah laku yang tidak diingini
4. Hilangkan perasaan takut dan fobia yang menghantui seseorang
5. Mengenalpasti matlamat seseorang
6. Membina kemahiran berkomunikasi yang berkesan
7. Membina kemahiran berinteraksi dengan orang ramai dengan lebih berkesan
8. Mencapai tahap prestasi yang terbaik untuk kerja/sukan/perniagaan dan sebagainya
9. Membentuk hubungan yang lebih baik antara keluarga, rakan-rakan, pelanggan dan komuniti.
10. Teknik bagaimana menjadi tenang dan gembira dalam menghadapi kehidupan seharian.
Program JustSpeak menggunakan prinsip prinsip NLP untuk membantu peserta yang rata-ratanya tidak berminat dengan Bahasa Inggeris, takut di ejek serta takut salah bila berbahasa Inggeris.
Jika diamalkan oleh ibubapa dari rumah lagi, ibubapa boleh membentuk anak-anak yang yakin berbahasa Inggeris walaupun belum menjejakkan kaki ke tadika-tadika yang mediumnya Bahasa Inggeris yang mahal-mahal tu.

Wednesday, 27 January 2016

3 CARA PELAJAR MENERIMA ILMU


Ada 3 cara utama pelajar menerima ilmu dan setiap pelajar berbeza dari segi cara mereka menerima ilmu dari guru :
1. AUDITORY
Dengan cara mendengar. Ada pelajar yang hanya dengan fokus mendengar sudah cukup untuk membuatkan dia faham apa yang diajar oleh guru. Persekitaran semasa mendengar haruslah senyap dan tiada gangguan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk fokus. Malangnya tidak ramai pelajar yang menerima pelajaran dari guru dengan cara ini. Dianggarkan hanya 10% dari populasi dunia yang mempunyai AUDITORY sebagai cara terbaik mereka menerima ilmu.
2. VISUAL
Dengan cara melihat. Pelajar VISUAL menggarap ilmu dengan baik dari gambar-gambar, peta minda, penggunaan pelbagai warna pen di dalam nota, penggunaan slides dan video, 'kad imbas' , penggunaan poster di kelas dan sebagainya.
Mereka lazimnya mempunyai skor 'multiple intelligence' spatial visual yang tinggi dan lazimnya lebih kreatif dari rakan-rakan yang lain. Dianggarkan diantara 20-30% dari populasi dunia yang cara menerima ilmu terbaik bagi mereka ialah melalui VISUAL.
3. KINESTHETIC
Dengan cara perbuatan. Pelajar KINESTHETIC menggarap ilmu dengan baik dengan melakukan perbuatan fizikal. Contohnya mereka mengingati fakta atau penggunaan bahasa melalui 'role play', belajar matemaik dan sains dengan menyelesaikan masalah atau terlibat dengan projek dan menyelesaikan masalah yang benar benar wujud. Pelajar kinesthetic juga tidak boleh fokus terlalu lama seperti pelajar auditory. Sebarang pengajaran fakta oleh guru haruslah diselangselikan setiap 5 atau 10 minit.
Majoriti pelajar adalah tergolong dari pelajar KINESTHETIC.
Di JustSpeak, program dibentuk dengan mengambil kira fakta ini. Kerana itulah peserta dapat belajar dengan cepat, malah terus berupaya membuat public speaking pada hari kedua.

APA ITU ACCELERATED LEARNING?




Accelerated Learning (AL) atau 'Pembelajaran Pecut' adalah satu kaedah pembelajaran yang boleh :
1. Mempercepatkan pemahaman pelajar apabila diajar oleh jurulatih tentang sesuatu fakta mahupun tentang kemahiran baru.(faster learning rate)
2. Membuatkan pelajar ingat lebih lama (higher retention rate).
Bagaimana ia boleh membuahkan hasil sedemikian?
Di dalam AL, pelajar menggunakan kedua2 otak kiri dan kanan sekaligus semasa menerima maklumat baru serta mencuba kemahiran baru.
Ia banyak digunakan untuk latihan pekerja dewasa untuk syarikat2 'fortune 500' di serata dunia.
Rupa dia macam main-main, pendek kata belajar macam tadika montessori lah...
Tapi itulah antara sebab mengapa pelajar pergi sekolah KERAJAAN 11 tahun tak boleh bertutur, masuk JUSTSPEAK 2 hari dah boleh buat 'public speaking dalam Bahasa Inggeris'.
Nota kaki: tiada sebarang bomoh atau jampi terlibat didalam proses tersebut..🐒🐒🐒

[PERBEZAAN ANTARA CERAMAH DAN LATIHAN BERBENTUK 'EXPERIENTIAL']




Ceramah
- perkongsian, 'lecture', 'download' ilmu dan informasi, proses memberitahu oleh yang tahu (penceramah) kepada yang tak tahu (pendengar).
Bila sesuai dengar ceramah?
Bila kita nak dengar perkongsian pengalaman oleh sesorang yang telah melalui sesuatu, atau oleh seseorang yang tahu sesuatu bagi tujuan ingin tahu mahupun untuk mendapatkan sumber inspirasi.
.
.
vs
.
.
Latihan berbentuk 'experiential' (pembelajaran melalui pengalaman)
- proses melakukan sesuatu yang baru bagi tujuan untuk mengetahui serta mampu melakukannya dengan sendiri. Contohnya - penglibatan di dalam "role play" (lakunan) yang dibantu oleh jurulatih dan fasilitator.
Bila perlu latihan berbentuk experiential ?
Bila kita nak tahu sesuatu itu sehingga boleh melakukannya sendiri, bukan setakat dengar cerita sahaja. Bila program dan proses pembelajaran selesai , kita dah boleh melakukannya tanpa kehadiran jurulatih.
Contoh ; mendapatkan kemahiran baru (acquiring new skills ) seperti komunikasi. Kalau dengar ceramah dan cerita macam mana teori komunikasi yang sangat kompleks tu , walaupun anda boleh jawab kertas exam dapat A, sampai ke sudah anda belum tentu boleh berkomunikasi dengan baik.
.
.
p/s jelas tak nota ni? wink emoticon. Kalau jelas saya nak kongsi lagi

Friday, 15 January 2016

Jalanlah, Larilah, Asalkan Sampai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para ibu bapa.

Negara kita merupakan salah satu daripada negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Dalam aktiviti harian kita, kita lebih selesa dan merasa senang menggunakan bahasa ibunda kita. Lebih ramah rasanya menggunakan bahasa kita sendiri.

Walau bagaimanapun, kepentingan Bahasa Inggeris ternyata menjadi semakin penting terutamanya untuk anak-anak kita dalam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Ada juga anak-anak kita yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri. Dan dengan adanya kemahiran untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris, perniagaan mereka mempunyai potensi untuk berkembang ke peringkat global. 

Ramai antara kita ibu bapa yang telah mula sedar dengan kepentingan Bahasa Inggeris untuk masa depan anak kita. Tetapi, pernahkah anda terfikir, "Anak dah besar, dah terlambat untuk dia mula fasih dalam Bahasa Inggeris." atau "Ish, dah hantar banyak kelas Bahasa Inggeris, tapi tak fasih jugak Bahasa Inggeris dia."

Jangan risau. Jangan khuatir para ibu bapa. Di sini saya kongsikan kisah Agatha Machado Alves yang merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat antarabangsa di Brazil. Seperti yang kita tahu, di negara Brazil, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada mereka. Agatha dibesarkan bercakap dengan menggunakan bahasa ibundanya. Jadi, apabila beliau diterima bekerja, Bahasa Inggerisnya lemah. Walaubagaimanapun, beliau mula sedar akan kepentingan untuk belajar dan fasih Bahasa Inggeris setelah mula bekerja.

Kata beliau, "Dunia ini besar. Sangat besar sebenarnya. Dan dunia ini mempunyai pelbagai budaya dan pelbagai cara hidup yang berlainan. Mustahil untuk kita faham semuanya tanpa memahami dan bercakap dalam Bahasa Inggeris. Apabila kita bercakap satu bahasa yang sama untuk memahami budaya-budaya lain, terdapat banyak peluang yang akan terbuka untuk kita berjaya."
("The world is big, very big and we have a lot of cultures, different ways to live. It is impossible to understand without speaking English. When you can speak the same language to understand their necessities and behaviours, you can make good business.")

Jadi beliau mula untuk menambahbaikkan diri beliau dengan mempelajari Bahasa Inggeris. Tidaklah beliau terus fasih dalam tempoh masa yang singkat. Memang mengambil masa. Tetapi, bak kata pepatah; biar lambat asalkan selamat. Kan?

Tambah Agatha, "7 tahun yang lepas, saya tidak bercakap Bahasa Inggeris. Selepas 5 tahun, saya dah boleh bercakap Bahasa Inggeris dengan bagus." 
("Seven years ago, I didn't speak English. Five years later, I'm speaking English well.")

Jadi untuk ibu bapa yang mahukan anak-anak anda belajar dan fasih berbahasa Inggeris, mulakan dari sekarang, tidak kira umur anak kita. Tiada istilah 'terlalu lambat'. Yang paling penting adalah sokongan daripada kita sebagai ibu bapa supaya anak kita terus bersemangat dan bermotivasi untuk belajar fasih bercakap dalam Bahasa Inggeris demi masa depan yang cerah.

Jumpa lagi di perkongsian seterusnya.

Terima kasih.

Iman Fairuza Rozhan dibesarkan dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.
Beliau mempunyai pengalaman selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk berjaya dalam hidup mereka.

Wednesday, 13 January 2016

Berjayalah, anakku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para Ibu Bapa. 

Apa khabar. Dah seminggu anak-anak bermula persekolahan mereka. Semoga semuanya berjalan dengan baik.

Pernahkah terdetik keinginan untuk anak anda fasih dalam berbahasa Inggeris tetapi tertanya-tanya bagaimana cara untuk memotivasikan mereka untuk minat belajar Bahasa Inggeris?

Ingin kami berkongsi kisah Gritchin Azofeifa, seorang Financial Reporting Team Leader di sebuah syarikat multinasional bernama Procter & Gamble atau lebih dikenali sebagai P&G. Beliau berasal daripada Amerika Selatan di mana Bahasa Inggeris tidak begitu digunakan dalam aktiviti harian mereka. Beliau tidak menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan pekerjaan. Tetapi, kerana tidak boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris, beliau banyak terlepas peluang-peluang untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna. Sebagai seorang team leader, beliau perlu untuk memimpin pasukannya, menjalankan mesyuarat dengan rakan sekerja dari seluruh dunia dan menghadiri kursus, seminar dan acara yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Kata beliau, "Pada awalnya, saya tidak mempunyai keyakinan diri apabila semua sesi latihan dan komunikasi di dalam syarikat dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Rasa seperti hendak menangis."
("In the beginning, I did not have the confidence when all the training and communication was in English. I wanted to cry.")

Bukan itu sahaja, oleh kerana kekangan beliau untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris, beliau terlepas peluang untuk pergi ke Warsaw, Poland untuk urusan kerja. Lebih menyedihkan adalah walaupun beliau merupakan ketua projek tersebut, beliau tetap tidak dipertimbangkan untuk pergi bersama pasukannya.

Beliau berkata lagi, "Kami diberi peluang untuk ke Warsaw tetapi saya tidak dapat pergi kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. Saya sangat kecewa dan sedih kerana walaupun saya ketua projek tersebut, saya tidak dapat pergi ke bengkel itu bersama-sama pasukan saya."
("We had this opportunity to travel to Warsaw. I couldn't go because of my limitation in English. So I was so frustrated and sad because even when I was the leader of the project, I couldn't be part of this workshop.")

Disebabkan Gritchin tidak dapat berbahasa Inggeris, banyak sekali peluang yang beliau terlepas, walaupun pangkatnya agak tinggi.

Kepada para ibu bapa, peluang pekerjaan begitu banyak di luar sana untuk anak-anak kita. Lebih banyak lagi peluang untuk mereka menjalankan dan memajukan bisnes mereka sendiri. Bolehkah mereka masih mendapatkan pekerjaan hanya dengan menguasai Bahasa Melayu? Masih boleh.

Tetapi bayangkan jika anak-anak kita juga menguasai Bahasa Inggeris. Lebih cerah peluang mereka untuk maju dan dinaikkan pangkat. Lebih terbuka peluang mereka untuk menjelajah dunia untuk berinteraksi dengan lebih ramai ahli ilmuan untuk menambahkan lagi pengalaman dan ilmu mereka sendiri. Lebih stabil kerjaya mereka. Dan mereka akan menjadi rebutan majikan dari dalam dan luar negara.

Tidakkah kita mahu peluang sebegitu untuk anak kita? Semestinya jawapannya: Mahu!

Jadi jom, kita sama-sama menerapkan keinginan dan motivasi untuk anak kita menguasai Bahasa Inggeris dari usia muda demi masa depan yang lebih baik dan cerah.

Sehingga kita berjumpa lagi.

Terima kasih.


Iman Fairuza Rozhan dibesarkan dengan pendedahan yang banyak kepada Bahasa Inggeris oleh ibu dan bapanya di rumah, Di bangku sekolah, beliau seringkali diejek dan disisihkan kerana suka berinteraksi dalam Bahasa Inggeris. Tetapi beliau tidak pernah patah semangat.

Beliau mempunyai pengalaman selama 6 tahun di dalam dunia perbankan dan rekrutmen. Dalam tempoh 6 tahun tersebut, beliau telah melihat ramai graduan menganggur kerana tidak menguasai Bahasa Inggeris. Ada juga pegawai eksekutif yang tidak mendapat kenaikan pangkat kerana lemah dalam Bahasa Inggeris. Oleh kerana ingin membantu graduan-graduan yang juga merupakan masa depan negara kita, beliau menyertai pasukan JustSpeak pada tahun 2013. Sekarang, beliau merupakan seorang jurulatih yang telah melatih beribu pelajar untuk mara dan yakin berbahasa Inggeris untuk berjaya dalam hidup mereka.